Biografi Suki Low Sook Yee

Beliau seorang berketurunan Cina yang berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.

Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).

Pada 12 Disember 2012, Beliau telah melangsungkan Perkahwinan dengan pengurusnya Jeremy Chong dan telah melahirkan seorang anak lelaki, Ethan Chong pada 1 Disember 2014.

One in a Million

Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.

Sepanjang pertandingan, Suki menyanyi:

Finally | Akhirnya

Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya.[1]

Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar.Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don't, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.)[2]

Camp Rock

Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.[3]

Project NS

Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya[4], Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.